JENAYAH & MAHKAMAH

NGO Islam lapor polis, dakwa Nik Zawawi hina sahabat Rasulullah

PUTRAJAYA – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Mohamad Zawawi Salleh berhubung dakwaan kenyataan yang didakwa menghina sahabat Nabi Muhammad SAW.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya oleh gabungan NGO Islam termasuk Daie Madani, selain turut disertai wakil beberapa pertubuhan lain seperti ABIM, IKRAM dan PKPIM.

Pengerusi Daie Madani, Amir Zuhair berkata, tindakan tersebut dibuat atas dasar tanggungjawab mempertahankan kesucian agama Islam serta maruah sahabat Rasulullah SAW.

“Kami hadir membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pasir Puteh berhubung tuduhan yang tidak sepatutnya terhadap sahabat nabi iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.

“Kenyataan seperti ini tidak wajar dikeluarkan dan boleh menimbulkan kekeliruan serta ketegangan dalam kalangan umat Islam,” katanya ketika ditemui di IPD Putrajaya hari ini.

Menurut beliau, pihaknya menggesa siasatan dijalankan mengikut beberapa peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Beliau berkata, sekiranya tiada permohonan maaf dibuat, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk menggerakkan himpunan solidariti mempertahankan maruah sahabat nabi serta tindakan susulan di Parlimen.

“Kita akan teruskan tindakan jika tiada permohonan maaf,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button