POLITIK

AMK saran PAS bahas isu Tabung Haji dahulu, bukan konflik China-Taiwan

KUALA LUMPUR – PAS disaran membahaskan isu Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji terlebih dahulu sebelum cuba mengajar kerajaan mengenai konflik China-Taiwan dan dasar luar negara.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin berkata, Laporan RCI Tabung Haji yang baru didedahkan menemukan campur tangan dan pertimbangan politik mempengaruhi beberapa keputusan penting institusi itu.

“PAS hari ini begitu ghairah mahu mengajar Perdana Menteri tentang konflik China-Taiwan dan bagaimana Malaysia harus mengurus dasar luar negara.

“Saya cadangkan PAS jangan pergi terlalu jauh dahulu. Sebelum sibuk bahas Taiwan, lebih baik PAS bahas Tabung Haji,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Hantaran itu dimuat naik bersama tangkap layar berita bertajuk ‘Malaysia perlu berdiri lebih tinggi daripada konflik China-Taiwan – PAS’.

Dalam kenyataan sama, Danish berkata, perkara berkenaan termasuk isu hibah, bayaran haji dan Bantuan Kewangan Haji.

Beliau berkata, laporan itu turut menyentuh beberapa pelaburan yang mencurigakan dan mengalami kerugian 100 peratus.

“Lebih serius, terdapat isu melibatkan RM22.12 juta dana Yayasan Tabung Haji yang menjadi antara perkara yang disiasat.

“Jadi sebelum PAS mahu menjadi pakar geopolitik dan mengajar kerajaan tentang Beijing dan Taipei, bahas dahulu persoalan yang lebih dekat dengan umat Islam,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button