BERITA SEMASA

Dakwaan hina sahabat: Dewan Ulama PAS akui terdapat kenyataan tidak tepat ceramah Nik Zawawi

KUALA LUMPUR – Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengakui terdapat beberapa kenyataan yang tidak tepat berkaitan fakta sejarah Islam dalam ceramah yang disampaikan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Mohd Nor Hamzah berkata, pihaknya mengambil serius polemik yang timbul susulan ceramah berkenaan selepas meneliti sedutan rakaman dan mendapatkan penjelasan daripada pihak berkaitan.

Katanya, ketidaktepatan itu melibatkan latar kehidupan beberapa sahabat Rasulullah sebelum memeluk Islam, khususnya Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman.

“Para sahabat Rasulullah merupakan generasi terbaik umat ini yang wajib dimuliakan serta dipelihara kehormatan mereka.

“Sebarang huraian berkaitan sejarah dan keperibadian mereka, khususnya kehidupan mereka pada zaman jahiliyyah, hendaklah disampaikan secara tepat, beradab serta berpandukan disiplin ilmu yang sahih,” katanya.

Dalam pada itu katanya, pihaknya juga telah menyampaikan teguran serta peringatan secara dalaman kepada Nik Zawawi supaya lebih cermat dan berhati-hati dalam menyampaikan fakta sejarah Islam, terutama membabitkan kedudukan dan kemuliaan para sahabat Rasulullah.

Pada masa sama katanya, DUPP menghargai teguran daripada para ustaz dan ilmuwan yang disampaikan secara beradab, ilmiah dan berasaskan fakta sahih.

Pada masa sama beliau berkata, DUPP juga komited untuk memperkemaskan panduan penyampaian dakwah agar setiap penyampaian dibuat dengan lebih teliti, berhikmah serta mematuhi disiplin ilmu dan adab Islam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button