POLITIK

Razman Zakaria terima LOD daripada Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria mengesahkan sudah menerima notis tuntutan (LOD) daripada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Razman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Gunong Semanggol berkata, tuntutan LOD terhadapnya berkaitan beberapa perkara termasuk isu dakyah Kristianisasi.

“Saya telah mengadakan perbincangan bersama peguam saya, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, bagi meneliti LOD yang saya terima daripada pemimpin DAP, Hannah Yeoh.

“Beliau mengemukakan tuntutan LOD terhadap saya berkaitan beberapa perkara yang mengaitkan beliau termasuk isu dakyah Kristianisasi.

“Insya-Allah, saya akan memaklumkan perkembangan seterusnya dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, Razman sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila mendakwa pemimpin DAP itu mempunyai kaitan dengan keluarga Yeoh konglomerat YTL Corporation Bhd.

Susulan itu, Hannah akan menghantar surat tuntutan ke atas Razman.

Walaupun Razman kemudian memohon maaf atas dakwaannya bahawa Menteri Belia dan Sukan itu adalah “anak perempuan orang kaya” dan “anak perempuan YTL”, Hannah berkata pemimpin PAS itu telah membuat tuduhan lain yang didakwa memfitnah terhadapnya dalam ucapan yang sama.

“Sebenarnya ucapan Razman, Pesuruhjaya Pas Perak yang menuduh saya macam-macam melebihi satu minit. Nantikan surat daripada peguam saya.

“Fitnah tidak boleh dibenarkan menjadi satu kebiasaan terutamanya oleh orang yang beragama,” katanya di Facebook.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button