BERITA SEMASA

Harga diesel Sabah, Sarawak, Labuan kekal RM2.15 seliter

KUALA LUMPUR – Harga diesel di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan kekal pada RM2.15 seliter memandangkan bahan api itu bukan sekadar bahan tenaga malah menjadi nadi kehidupan harian penduduk di kawasan berkenaan.

Menurut Kementerian Kewangan (MoF), diesel digunakan secara meluas di Sabah, Sarawak dan Labuan termasuk bagi penjanaan elektrik serta aktiviti ekonomi seperti pengangkutan dan perikanan.

MoF turut menjelaskan bahawa keluasan geografi yang 60 peratus lebih besar berbanding Semenanjung Malaysia serta bentuk muka bumi yang mencabar menyebabkan penduduk di wilayah terbabit lebih bergantung kepada penggunaan bahan api tersebut.

“Kawasan pedalaman yang luas dengan bentuk muka bumi mencabar mengehadkan akses jalan raya, oleh itu penduduk bergantung kepada pengangkutan air dan kenderaan berat seperti pacuan empat roda.

“Liputan elektrik dan infrastruktur tidak menyeluruh di sesetengah kawasan luar bandar, jadi diesel menjadi sumber tenaga utama untuk kehidupan harian,” menurut MoF menerusi hantaran di akaun Facebook hari ini.

MOF memaklumkan penggunaan diesel sekitar dua bilion liter dengan harga dikekalkan pada RM2.15 seliter bagi menyokong keperluan rakyat di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar memberi penekanan kepada keperluan pengguna dan prinsip kesamaratan bagi memastikan keberkesanan agihan kepada rakyat Malaysia, tambah kementerian itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button