BERITA SEMASAPMX

Kerajaan tekad pertahan, lindungi hak Sabah sepenuhnya – PM

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan akan terus memastikan hak Sabah dilindungi sepenuhnya, berikutan kedudukannya sebagai salah satu komponen penting dalam Malaysia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tegas Perdana Menteri, kerajaan pimpinannya sentiasa berusaha mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang bentuk pencerobohan, baik di darat mahupun di laut.

“Kita pertahankan hak Sabah, satu inci (tanah Sabah) pun tidak akan kita korbankan. Ini negara kita, tahu kita bergelut, kita belanja puluhan juta ringgit mungkin mencecah RM100 juta. Satu dunia pertahankan hak Sabah. Tak benarkan satu inci pun laut atau darat diceroboh atau ditutup oleh sesiapa.

“Di Mahkamah Sepanyol (berkaitan isu tuntutan Sulu), kita lawan (secara maksimum) untuk pertahankan hak Sabah. Kerana hubungan kita Persekutuan dengan Sabah sebahagian dari Malaysia. Mengapa kita lakukan ini? Kerana ini negara kita.

“Begitu juga kalau luar sempadan dengan Indonesia. Tapi saya pilih kita berunding dengan sahabat. Bukanlah kita menyerah tapi kita berunding secara baik,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada perasmian penutup Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, semalam.

Baca juga : Negara ini negara hukum, pelaku kes Zara Qairina tidak akan dilindungi – PM

Beliau juga menegaskan Kerajaan MADANI komited untuk memajukan Sabah dan menyelesaikan tuntutan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) melalui pelbagai langkah dan peruntukan, sambil menyeru agar hubungan erat antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan terus dipelihara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button