BERITA SEMASA

Zahid tawar bantuan rawatan anak-anak OKU

MELAKA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan keprihatinannya terhadap kebajikan anak-anak Orang Kelainan Upaya (OKU) apabila meminta profil mereka dikemukakan kepadanya.

Perkara itu dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem menerusi satu hantaran di media sosial.

Menurut beliau, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO telah memintanya mendapatkan maklumat lengkap mengenai anak-anak berkenaan bagi membolehkan bantuan perubatan disalurkan.

“Timbalan Perdana Menteri berkata, ‘Helmy, awak dapatkan profil semua anak-anak ini. Bagi pada saya.

“Saya ada kawan di hospital. Mungkin mereka boleh bantu.’ Baik Datuk Seri. Saya segera dapatkan,” tulisnya di Facebook.

Melalui hantaran itu, Mohd Noor Helmy turut mengingatkan masyarakat agar tidak berputus asa dalam menghadapi ujian kehidupan.

“Jangan pernah kita putus asa. Mana tahu penyelesaian daripada Allah ketika program Jamuan Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Duyong kita,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button