Wabak Hantavirus di atas kapal persiaran kekal berisiko rendah – WHO
GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tetap menilai wabak Hantavirus sebagai berisiko rendah selepas penularan virus itu di atas kapal persiaran MV Hondius.
WHO dalam kenyataannya pada Ahad mengesahkan bahawa penilaian risiko kesihatan awam global kekal pada tahap rendah, lapor AFP.
“Walaupun kes tambahan masih boleh berlaku dalam kalangan penumpang dan kru yang terdedah, risiko penularan lanjut dijangka berkurangan selepas proses kawalan dilaksanakan,” menurut kenyataan itu.
Kapal MV Hondius dijangka berlabuh di pelabuhan Rotterdam, Belanda antara pukul 10 pagi hingga tengah hari ini (waktu tempatan) untuk menurunkan baki 27 individu di atas kapal berkenaan yang terdiri daripada 25 kru dan dua petugas perubatan.
Kapal yang dikendalikan syarikat Belanda, Oceanwide Expeditions itu menjadi perhatian antarabangsa selepas tiga penumpang dilaporkan maut akibat Hantavirus.
Hantavirus ialah virus jarang berlaku yang sehingga kini tidak mempunyai vaksin mahupun rawatan khusus.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








