UMNO bimbang manipulasi AI, cetus persepsi politik
KUALA LUMPUR – Penerangan UMNO Malaysia memandang serius penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan akaun palsu yang berpotensi memanipulasi persepsi serta perbincangan politik dalam ruang digital.
Ketuanya, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, teknologi tidak seharusnya disalahgunakan bagi mewujudkan gambaran seolah-olah sesuatu pandangan mendapat sokongan majoriti, sedangkan ia digerakkan secara tidak organik.
Menurut beliau, hak rakyat untuk mengkritik mana-mana parti atau pemimpin tetap perlu dihormati selagi kritikan berkenaan berasaskan fakta.
“Sebarang siasatan dan tindakan penguatkuasaan juga mestilah dilaksanakan secara adil, tanpa mengira pihak,” katanya dalam kenyataan di media sosial.
Dalam pada itu, Azalina mengingatkan rakyat supaya lebih berhati-hati terhadap kandungan yang dibaca dan dilihat di media sosial dengan menyemak sumber serta kesahihan fakta sebelum mempercayainya.
Katanya, jumlah komen, perkongsian atau tanda suka tidak seharusnya dijadikan ukuran kepada kebenaran sesuatu maklumat.
“Ruang digital kita mesti kekal terbuka kepada pandangan berbeza, tetapi bebas daripada manipulasi yang boleh menghakis keyakinan terhadap proses demokrasi,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








