
BERITA SEMASA
Tun M dibenar keluar IJN
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah selesai menjalani pemulihan akibat jangkitan di Institut Jantung Negara (IJN).
Perkara tersebut dimaklumkan oleh pejabat beliau menerusi kenyataan ringkas hari ini.
“Tun Dr Mahathir Mohamad telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara pada 11.30 pagi hari ini,” katanya.
Dr. Mahathir yang akan mencecah usia 99 tahun pada 10 Julai depan, sebelum ini dilaporkan dimasukkan ke IJN pada 26 Januari lalu bagi menjalani pemulihan akibat jangkitan.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








