BERITA SEMASA

Dr Mahathir dimasukkan ke IJN, sempat semak dokumen penting

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Selasa lalu selepas menghadapi masalah kesihatan.

Difahamkan Dr Mahathir sedang dirawat oleh pakar selepas dijangkiti kuman.

Dalam pada itu, menerusi satu hantaran dalam laman Facebook Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri dua kali itu masih sempat menyiapkan kerja yang tertangguh.

“Tun Dr Mahathir Mohamad sempat menulis dan menyemak beberapa dokumen di wad IJN hari ini.

“Dr Mahathir dimasukkan ke hospital sejak Selasa lalu akibat jangkitan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button