POLITIK

PRK Kemaman: Tidak munasabah calonkan Dr Mahathir – Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menafikan akan meletakkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata demikian dalam sidang media selepas Muktamar PAS hari ini.

“Tidak munasabah, kalau nak timbulkan pun biarlah munasabah,” katanya ringkas.

Sebelum ini timbul desas desus parti itu akan mencalonkan Dr Mahathir di PRK Kemaman.

Pada 26 September lalu, Mahkamah Pilihan Raya di Terengganu membatalkan kemenangan Che Alias pada PRU15 lalu.

Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk Anselm Charles Fernandis membenarkan petisyen pilihan raya yang difailkan oleh pempestiyen, Wan Mohamad Hisham Wan Abdul.

Keputusan dibuat Charles Fernandis yang juga merupakan Hakim Mahkamah Tinggi Melaka, selepas pihak pempestiyen berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen PRU15.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button