PAS, BERSATU tidak boleh lagi berada di bawah payung yang sama – Fadhli Shaari
KUALA LUMPUR – PAS menegaskan bahawa setiap keputusan politik yang dibuat parti itu bukan berasaskan sentimen atau kepentingan jangka pendek sebaliknya berpandukan penilaian terhadap kemampuan sesuatu kerjasama dalam mencapai matlamat lebih besar iaitu penyatuan ummah dan kestabilan politik negara.
Menurut Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari, tindakan PAS itu walaupun bukan menggembirakan tetapi ia ubat pahit yang perlu ditelan demi kemaslahatan yang lebih besar.
Katanya, terdapat keputusan yang mungkin sukar diterima oleh sesetengah pihak, namun ia perlu dilakukan demi kemaslahatan yang lebih besar.
“Perkara yang paling utama bagi PAS ialah penyatuan ummah. Apabila BERSATU di dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) mengambil sikap menentang kemasukan parti-parti seperti BERJASA, PEJUANG, IMAN dan PUTRA walaupun kertas cadangan sudah disiapkan, tindakan tersebut jelas merosakkan gagasan penyatuan yang dihasratkan selama ini.
“Ditambah pula dengan kronologi sikap BERSATU di Perlis dan Negeri Sembilan, keadaan itu telah menjejaskan moral jentera PAS untuk terus bekerja bersama BERSATU dalam pilihan raya akan datang,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.
Dalam pada itu katanya, kedudukan PAS dan BERSATU dalam PN akan diuruskan mengikut peruntukan perlembagaan dan saluran yang sewajarnya.
“Sudah tentu PAS dan BERSATU tidak boleh terus berada di bawah payung yang sama berikutan keputusan yang dibuat semalam,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








