BERITA SEMASAPOLITIK

PRU16: PN letak sasaran tidak realistik tawan tiga negeri – Ramanan

PUTRAJAYA – Perikatan Nasional (PN) menetapakan sasaran yang tidak realistik untuk menawan tiga negeri iaitu Perak, Selangor dan Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), kata Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR, Datuk Ramanan Ramakrishnan.

Menurut Ramanan, mana-mana parti politik berhak menetapkan sasaran termasuk PN, namun keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu baru-baru ini menunjukkan sebaliknya.

“Mana ada parti politik yang akan kata dalam pilihan raya kita akan kalah. Tapi kalau mereka kata (sasaran tiga negeri) itu fakta, mereka sedang bermimpi.

“Kalau kita tengok sasaran itu realistik, tengok Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu baru-baru ini (dimenangi oleh calon Pakatan Harapan),” katanya yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan Persidangan Koperasi Antarabangsa (ICC 2024) di sini hari ini.

Terdahulu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata, Perikatan Nasional (PN) meletakkan sasaran yang serius bagi tiga negeri terbabit menjelang PRU16 akan datang.

Selain itu, Tuan Ibrahim turut menzahirkan keyakinan bahawa kerajaan baharu akan dibentuk selepas PRU16.

“PRU16 kita akan tawan Selangor dan ambil alih Putrajaya, insya-Allah,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Shah Alam kali ke-37 di Dewan Seri Hatinie, Plaza Alam Sentral, kelmarin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button