Pegang teguh prinsip tidak berpecah-belah – Tun Faisal
CYBERJAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengingatkan semua pihak terutamanya dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) supaya berpegang teguh kepada prinsip tidak berpecah-belah susulan pelantikan Menteri Besar Perlis yang baharu daripada parti berkenaan.
Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkongsi kenyataan yang menekankan kepentingan perpaduan serta menggesa semua pihak yakin dengan ketentuan Allah SWT.
“Berpegang dengan tali Allah, jangan berpecah belah.
“Antara ayat yang sentiasa menjadi bacaan lazim dalam solat adalah ayat daripada Surah Ali Imran 103 hingga 105. Dahulu, selepas kejatuhan UMNO dan Barisan Nasional pada 2018, ayat ini sering kedengaran dibacakan oleh imam dalam solat jemaah.
“Semoga kita mendapat pengajarannya,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.
Beliau turut berkongsi imej petikan kata-kata Ibnu Taimiyyah yang menegaskan bahawa perpecahan bukanlah satu rahmat.
Terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis daripada BERSATU, Abu Bakar Hamzah, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu di Istana Arau.
Pelantikan Abu Bakar susulan peletakan jawatan ADUN Sanglang, Mohd Shukri Ramli sebagai Menteri Besar secara sukarela Selasa lalu atas faktor kesihatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







