POLITIK

Parti WAWASAN bertanding PRN Johor, Negeri Sembilan

TANAH MERAH – Parti Wawasan Negara (WAWASAN) akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, parti berkenaan akan menggunakan logo PN dalam pilihan raya tersebut.

“Parti Wawasan Negara akan bertanding di kedua-dua PRN iaitu di Johor dan Negeri Sembilan.

“Mereka akan pakai logo PN,” katanya pada sidang akhbar selepas Konvensyen Reset di sini yang dirasmikan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Hadir sama, pengasas Gerakan Reset, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Presiden Gerakan, Dominic Lau.

Dr Ahmad Samsuri kemudiannya memaklumkan, mana-mana parti yang memohon untuk menyertai PN termasuk WAWASAN akan dibincangkan dahulu dalam mesyuarat perikatan berkenaan.

“Mengikut Perlembagaan ia memerlukan persetujuan majoriti parti dalam PN.

“Prosesnya mereka membuat permohonan dan kita akan bawa ke dalam mesyuarat,” katanya lagi.

Terdahulu, Hamzah mengumumkan WAWASAN yang dilancarkan secara rasmi hari ini, mahu menyertai PN.

Dalam ucapan pelancarannya, Hamzah turut berkata, nama parti tersebut diberikan oleh Abdul Hadi.

“Parti yang saya nak maklumkan ini nama ini diberikan oleh ‘ayahanda’ iaitu ‘ayah cik’ kita (Abdul Hadi),” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button