SPR terima pemakluman pembubaran DUN Negeri Sembilan
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengesahkan telah menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, sekali gus membuka laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU) dalam tempoh yang ditetapkan oleh undang-undang.
Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, pihaknya menerima surat bertarikh hari ini daripada Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan, Datuk M K Ibrahim Abd Rahman, yang memaklumkan mengenai pembubaran DUN sebagaimana diperuntukkan di bawah Fasal 56(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
Menurut beliau, berdasarkan Fasal 56(4) undang-undang yang sama, satu pilihan raya umum negeri hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran tersebut.
“Sehubungan itu, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas bagi membincangkan dan menetapkan tarikh-tarikh penting berkaitan PRU DUN Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, tarikh mesyuarat khas berkenaan akan dimaklumkan oleh SPR dalam masa terdekat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





















