POLITIK

PRN Negeri Sembilan: BN tubuh unit pemantau pastikan manifesto ditunaikan

SENDAYAN – Barisan Nasional (BN) akan menubuhkan Unit Pemantauan Pelaksanaan Manifesto bagi memantau setiap janji dibuat gabungan itu dilaksanakan sekiranya BN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Pengarah Pilihan Raya BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, BN tidak sekadar berani membuat komitmen, tetapi juga sedia dipertanggungjawabkan.

“Sebab itulah manifesto ini turut disokong dengan penubuhan Unit Pemantauan Pelaksanaan Manifesto supaya setiap komitmen yang dibuat dapat dipantau, dinilai dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

“Bagi kami, kejayaan sesebuah manifesto bukan diukur pada hari ia dilancarkan, tetapi apabila rakyat dapat merasai manfaatnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Manifesto BN bagi PRN Negeri Sembilan ke-16, malam tadi.

Majlis pelancaran tersebut disempurnakan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Moahamd Hassan dan turut dihadiri Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang mewakili Perikatan Nasional (PN)

Manifest bertemakan ‘Hebatkan Semula Negeri Sembilan’ itu berpaksikan sembilan teras dengan 15 inisiatif turut mengandungi 88 usaha yang dirangka khusus bagi memastikan Negeri Sembilan kekal stabil, maju dan makmur.

Sembilan teras yang terkandung dalam manifesto tersebut meliputi ekonomi dan pembangunan; taraf hidup, kebajikan dan kesejahteraan rakyat; pendidikan, modal insan, belia, wanita dan keusahawanan; pertanian, agro makanan, pembangunan desa dan FELDA.

Selain itu, kediaman dan perumahan; alam sekitar dan pelancongan; agama, adat budaya, warisan dan masyarakat orang asli; sukan, rekreasi dan perpaduan; serta penyampaian perkhidmatan turut melengkapi mafisto berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button