POLITIK

PRN Negeri Sembilan: Senarai calon BN akan dimuktamadkan dengan parti komponen

JELEBU – UMNO Negeri Sembilan sudah mempunyai senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, Pengerusinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, senarai itu akan dimuktamadkan setelah berbincang dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA dan MIC.

“Barisan Nasional (BN) akan bertanding di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan pembahagian kerusi turut membabitkan parti komponen MCA dan MIC.

“Bagaimanapun, pembahagian kerusi berkaitan akan diputuskan pada satu mesyuarat dalam masa terdekat,” katanya pada majlis perkahwinan lapan pasangan pengantin serentak di Masjid Dato Undang Luak Jelebu, di sini hari ini.

Hadir sama, Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad; Ahi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Datuk Bakri Sawir; ADUN Sungai Lui, Datuk Mohd Razi Mohd Ali dan Pegawai Agama Islam Daerah Jelebu merangkap Pendaftar, Nikah, Cerai dan Rujuk, Abdul Manas Md Isa.

Jalaluddin kemudiannya berkata, senarai membabitkan muka lama dan baharu serta orang muda dan wanita dengan pelbagai latar bidang pendidikan itu kemudiannya akan diserahkan kepada Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk diperhalusi dan dipersetujui.

DUN Negeri Sembilan dibubarkan semalam bagi memberi laluan kepada PRN ke-16.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button