
Tok Mat dakwaan dihalau dari kediaman rasmi tidak masuk akal – Aminuddin
SEREMBAN – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan dakwaan bahawa beliau menghalau Datuk Seri Mohamad Hasan daripada kediaman rasmi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebagai tidak masuk akal.
Menurutnya, isu yang berlaku kira-kira tujuh tahun lalu itu terus diulang-ulang walaupun tidak pernah dibuktikan.
“Saya sebenarnya rasa kesian dengan Tok Mat. Walaupun tujuh tahun telah berlalu, perkara itu masih diulang-ulang lagi.
“Tak pernah dalam sejarah seorang tokoh atau ketua negeri dihalau daripada kediaman rasmi. Ketika itu beliau masih Menteri Besar sehingga seorang Menteri Besar baharu dilantik,” katanya.
kepada Malaysia Tribune selepas program Grand Finale Kekalkan Harapan di sini hari ini.
Aminuddin berkata, kediaman rasmi Menteri Besar merupakan milik kerajaan negeri dan urusan berkaitan berada di bawah bidang kuasa Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu.
Menurutnya, beliau tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengarahkan Mohamad keluar dari kediaman tersebut.
“Tak logik saya halau. Apa buktinya saya halau? Nombor telefon Tok Mat pun saya tak ada masa itu.
“Takkan saya nak telefon dan suruh dia keluar. Saya pun ketika itu berada di rumah saya sendiri,” katanya lagi.
Beliau turut mendakwa isu tersebut sengaja dibangkitkan semula bagi meraih simpati pengundi menjelang hari pengundian.
“Saya rasa ia mendukacitakan kerana cerita lama diulang tayang untuk mendapatkan simpati. Ini satu perkara yang saya rasa tidak sewajarnya,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















