BERITA SEMASA

Tren ETS3 mula beroperasi 30 Ogos

KUALA LUMPUR – Sistem pengangkutan rel, ETS3 akan mula beroperasi di laluan KL Sentral–Kluang–KL Sentral bermula 30 Ogos ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, perkhidmatan baharu itu bukan sahaja menawarkan kelajuan operasi sehingga 140 kilometer sejam, malah dilengkapi pelbagai kemudahan mesra penumpang.

ETS3 katanya, adalah simbol transformasi mobiliti rel negara, selain pantas, selesa dan moden.

Upacara perasmian perkhidmatan ETS3 disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang turut mencemar duli memandu sendiri tren baharu itu dari Kuala Lumpur ke Kluang.

“Menjunjung kasih Tuanku atas sokongan padu terhadap usaha memperkukuh rangkaian pengangkutan awam negara.

“Semoga ETS3 menjadi satu lagi mercu kejayaan dalam menyediakan sistem rel moden, efisien dan selamat demi kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button