BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Terminal RM450 juta jadi litar haram, Anthony Loke arah tindakan tegas

KOTA BHARU – Tindakan sekumpulan mat rempit menjadikan balai pelepasan terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) sebagai litar perlumbaan mengundang kecaman keras Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang menyifatkannya sebagai “sangat memalukan”.

Beliau berkata, insiden tersebut bukan sahaja mencemarkan imej kemudahan awam bertaraf baharu, malah membahayakan keselamatan orang ramai yang menggunakan lapangan terbang berkenaan.

Menurutnya, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan hampir RM450 juta bagi menaik taraf LTSIP, dengan matlamat meningkatkan kecekapan perhubungan udara serta merangsang pertumbuhan sosioekonomi negeri Kelantan.

“Kelakuan mat rempit di hadapan balai pelepasan ini bukan sahaja berisiko kepada nyawa pengguna, malah boleh dianggap sebagai satu bentuk sabotaj terhadap keselamatan dan ekonomi negeri,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Susulan itu, beliau memaklumkan telah mengarahkan penguatkuasaan dipertingkatkan, termasuk operasi besar-besaran oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan di kawasan terbabit.

“Sesiapa yang berani merempit di hadapan lapangan terbang akan berdepan tindakan tegas termasuk penyitaan motosikal,” tegasnya.

Dalam pada itu, Anthony Loke turut menggesa Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) supaya memperketat kawalan laluan keluar masuk ke bangunan terminal bagi mengekang kejadian sama daripada berulang.

Terdahulu, media melaporkan balai pelepasan terminal baharu LTSIP yang baru beroperasi kurang sebulan itu dijadikan lokasi lumba haram oleh kumpulan mat rempit.

Aktiviti berbahaya tersebut dipercayai berlaku sejak bulan Ramadan lalu sebelum tular di media sosial selepas dirakam oleh orang awam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button