MOT pertimbang cadangan wajibkan syarikat penerbangan nyatakan jumlah subsidi pada tiket
KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MOT) akan mempertimbangkan cadangan mewajibkan syarikat penerbangan memaparkan jumlah subsidi kerajaan bagi tiket penerbangan ke laluan dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena musim perayaan.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, pihaknya akan berbincang dengan syarikat penerbangan bagi mencari mekanisme terbaik supaya penumpang mendapat makluman jelas mengenai jumlah subsidi yang mereka terima.
“Sesetengah penumpang mungkin tidak sedar jumlah subsidi besar yang telah diperuntukkan kerajaan apabila mereka membeli tiket penerbangan pada musim perayaan,” katanya
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) yang ingin tahu sama ada kerajaan berhasrat mewajibkan pemakluman sedemikian pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Jelasnya, kementerian membelanjakan RM19.5 juta untuk mensubsidikan 39,744 tiket penerbangan, bersamaan RM491 bagi setiap tiket yang layak untuk tahun ini.
“Melalui subsidi itu, harga maksimum yang perlu dibayar oleh penumpang ialah RM499 walaupun purata harga sebenar tiket adalah RM990.
“Subsidi untuk tahun ini telah dilaksanakan bagi Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai, Pesta Kaamatan dan akan diteruskan untuk Krismas pada bulan depan,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








