BERITA SEMASA
Anwar akan hubungi Presiden Mesir buka laluan darat pasukan perubatan ke Gaza
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghubungi Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi petang ini bagi meminta supaya pakar perubatan Malaysia dibenarkan memasuki Gaza melalui sempadan Rafah.
Anwar berkata, pasukan perubatan itu akan memfokuskan keadaan penduduk di wilayah berkenaan terutamanya mereka yang cedera atau mengalami kesakitan lain.
“Kemungkinan besar petang ini, kalau saya dapat bicara, saya minta supaya laluan diberikan melalui Mesir, melalui Rafah dan membawa masuk pakar perubatan.
“Daripada kita bawa mereka (rakyat Gaza) ke sini, lebih baik kita bawa pakar kita dan bantuan merentas masuk melalui Rafah dan membantu rakyat Palestin,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








