BERITA SEMASAPMX

[VIDEO] ‘Apa salah saya dengar rintihan pelajar dan mahasiswa?’

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak pihak yang menyindirnya kerana melakukan jelajah mingguan ke institusi pengajian tinggi (IPT) untuk bertemu dengan golongan mahasiswa dan pelajar di sekitarnya.

“Ada yang berkata, ‘Buat apa ada dialog dengan mahasiswa? Buat kerja lah,'”

“Saya Isnin sampai Jumaat kerja di pejabat, Sabtu Ahad turun ke bawah.

“Apa salah saya dengar rintihan pelajar dan mahasiswa?” kata Anwar.

@malaysiatribune

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Program “Temu Anwar” di Universiti Utara Malaysia hari ini. #Malaysiatribune #temuanwar #universitiutaramalaysia #anwaribrahim #pmx #malaysiamadani #kerajaanperpaduan #Pelajar #universiti #sintok #kedah #utara #malaysia

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Beliau berkata demikian ketika muncul pada program Temu Anwar di Universiti Utara Malaysia di Sinto, Kedah, hari ini.

Program tersebut turut disiarkan secara langsung di TV1 dan channel Facebook rasmi UUM.

Beliau menambah, kemungkinan ada tokoh pembangkang yang gentar apabila beliau ‘terjun ke bawah’.

“Saya ada ramai pakar, profesional dan ahli akademik boleh mengajar, memberitahu dan nmenasihat saya, tapi kekuatan saya juga adalah kerana mendengar keluhan rakyat termasuk anak muda,” kata Anwar lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button