Anthony Loke kekal pendirian berundur daripada Kabinet
HANGZHOU – Pendirian Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook untuk berundur daripada Kabinet Kerajaan MADANI kekal dan tidak berubah.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, surat peletakan jawatan itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja beliau kembali ke tanah air dari China.
“Keputusan sudah dibuat, akan serahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri sebaik pulang ke Malaysia,” katanya memetik laporan RTM.
Loke ketika ini mengiringi Datuk Seri Anwar yang mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Shanghai dan Hangzhou atas jemputan Kerajaan China.
Ahli Parlimen Seremban itu sebelum ini mengumumkan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan isu pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP menegaskan, pendiriannya untuk berundur daripada Kabinet Kerajaan Madani tidak berubah.
Bagaimanapun, Loke menjelaskan menteri dan timbalan menteri lain daripada DAP akan kekal dalam kerajaan.
Pengumuman itu dibuat selepas Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mengadakan mesyuarat tergempar di ibu pejabat parti berkenaan pada 19 September lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Seri Anwar berharap Loke dapat mempertimbangkan semula keputusannya, selain menggesa semua pihak supaya tidak memberi tekanan kepada DAP untuk keluar daripada kerajaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








