BERITA SEMASA

Prasarana rancang pasang pintu keselamatan di stesen LRT – Anthony Loke

KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) merancang untuk memasang pintu keselamatan antara platform dan rel di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) bagi mengelakkan kejadian melibatkan pengguna orang kelainan upaya (OKU) berulang.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ketiadaan penghadang fizikal di platform dikenal pasti sebagai antara faktor berlakunya insiden seorang lelaki OKU penglihatan yang maut selepas terjatuh dan digilis tren di Stesen LRT Wangsa Maju, Februari lalu.

“Stesen-stesen rel yang dibina dahulu tidak dilengkapi sistem pintu keselamatan seperti yang ada pada stesen-stesen baharu Transit Aliran Massa (MRT).

“Untuk melaksanakan pemasangan itu di stesen lama, ia memerlukan perbelanjaan besar dan reka bentuk semula keseluruhan struktur,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Khairil Nizam Khirudin (PN–Jerantut) di Dewan Rakyat hari ini.

Anthony berkata, langkah jangka pendek yang dilaksanakan buat masa ini termasuk menempatkan anggota polis bantuan di stesen LRT terlibat untuk membantu golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan tersebut.

Selain itu, kerajaan turut menumpukan usaha menaik taraf kemudahan mesra OKU di stesen-stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang lama dan terletak di kawasan luar bandar.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button