
RM10 sahaja, nikmati pelbagai lauk di Cyberjaya
CYBERJAYA – Penggemar nasi campur kini boleh menikmati pelbagai pilihan lauk dengan harga hanya RM10 menerusi tawaran buffet di TAMAHALLS @ Tamarind Square di sini.

Tawaran yang berlangsung setiap hari dari jam 11 pagi hingga 3 petang itu menyediakan pelbagai hidangan termasuk lima jenis sayur, lima jenis lauk berlado, lima jenis masak lemak, lima jenis sup dan lima jenis lauk sampingan.
Selain itu, pelanggan turut boleh menikmati ikan goreng dan ayam goreng serta tiga jenis minuman yang disediakan secara percuma.

Chef Aziz Juhari berkata, konsep tersebut diperkenalkan bagi menawarkan pilihan hidangan yang pelbagai pada harga berpatutan, terutama kepada pelanggan yang mencari makanan tengah hari mengenyangkan.
“Dengan hanya RM10, pelanggan boleh menikmati pelbagai pilihan lauk yang disediakan setiap hari selain tiga jenis minuman.

“Kami mahu pelanggan bukan sahaja kenyang, tetapi turut merasai kepelbagaian hidangan yang ditawarkan pada harga yang berpatutan,” katanya kepada Malaysia Tribune hari ini.
Menurutnya, tawaran berkenaan terbuka kepada semua pelanggan termasuk pekerja, pelajar dan keluarga yang ingin menikmati hidangan tengah hari tanpa perlu berbelanja besar.

Bagaimanapun, pelanggan perlu menikmati makanan di premis dan tidak dibenarkan berkongsi atau membungkus hidangan.
Makanan yang tidak dihabiskan pula akan dikenakan bayaran tambahan.

Buffet berkenaan ditawarkan setiap hari di TAMAHALLS @ Tamarind Square, Cyberjaya, bermula jam 11 pagi hingga 3 petang dengan harga RM10 seorang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








