BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Tragedi Bukit Rambai: Suspek tikam ibu pada dada, belakang

MELAKA – Polis mendedahkan kedua-dua mangsa yang maut dalam kes di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai di sini mempunyai beberapa kesan tikaman termasuk pada bahagian dada.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, mangsa pertama iaitu seorang wanita berusia 51 tahun mengalami kecederaan akibat tikaman pada bahagian dada dan juga bahagian belakang.

Manakala anak lelaki wanita tersebut yang berusia 21 tahun terkorban dengan kesan tikaman pada dada.

“Seorang lagi anak lelaki mangsa yang berusia 13 tahun kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka. Keadaannya dilaporkan stabil,” jelas Dzulkhairi dalam kenyataan media malam tadi.

Dalam kejadian semalam, seorang remaja berusia 17 tahun dipercayai menikam ibu dan abang kandungnya sehingga maut.

Siasatan awal pihak polis mendapati, motif kejadian berpunca daripada tekanan emosi dan perasaan dendam yang dipendam suspek kerana sering dipaksa belajar.

Dalam perkembangan berkaitan, suspek yang merupakan pelajar Tingkatan Lima telah direman selama tujuh hari sehingga 19 Jun ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret N Sivashangari di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button