JENAYAH & MAHKAMAH
Suspek kes gaduh dalam balai polis dihadapkan ke mahkamah
KLANG – Beberapa suspek yang dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan di dalam balai polis dihadapkan ke mahkamah di Kompleks Mahkamah Majistret di sini hari inim
Suspek-suspek berkenaan dibawa ke mahkamah dengan tangan bergari bagi menghadapi prosiding berkaitan insiden pergaduhan yang dilaporkan berlaku di Balai Polis Meru.
Kes tersebut sebelum itu tular selepas berlaku kekecohan di dalam balai polis berkenaan sehingga mencetuskan perhatian orang ramai.
Siasatan dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengenal pasti punca kejadian serta tindakan lanjut yang boleh diambil terhadap individu yang terlibat.
Difahamkan, kes berkenaan kini dibawa ke Kompleks Mahkamah Majistret Klang untuk proses perundangan seterusnya.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








