JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki mengamuk di Kajang akan didakwa cubaan bunuh

KAJANG – Seorang lelaki yang mengamuk di sebuah rumah di Bandar Teknologi Kajang, termasuk menyiram petrol ke atas dua wanita dan membakar sebuah kenderaan, akan didakwa atas pertuduhan cubaan membunuh di Mahkamah Majistret Kajang, esok.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, suspek akan dibawa ke mahkamah pada jam 9 pagi bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh serta Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.

Menurut beliau, jika sabit kesalahan, pertuduhan cubaan membunuh boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, manakala kesalahan khianat dengan api pula memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun.

“Kertas pertuduhan telah lengkap dan suspek akan dihadapkan ke mahkamah bagi proses pendakwaan,” memetik NST online.

Dalam kejadian pada 30 Januari lalu, suspek dipercayai bertindak agresif di rumah bekas teman wanitanya dengan menyembelih seekor ayam peliharaan menggunakan parang, sebelum menyiram petrol ke atas wanita berkenaan dan ibunya yang berusia 80 tahun.

Suspek turut dipercayai mengugut kedua-dua mangsa dengan pemetik api serta membakar sebuah kereta jenis Proton Saga yang diletakkan di hadapan rumah berkenaan.

Akibat kejadian itu, wanita terbabit yang berada di belakang kenderaan mengalami melecur di beberapa bahagian badan serta rambut, manakala kereta berkenaan musnah dalam kebakaran.

Siasatan mendapati suspek turut mengambil sebuah komputer riba milik mangsa dan membuangnya di tepi jalan sebelum melarikan diri. Barangan berkenaan kemudian ditemui semula oleh penduduk setempat.

Kejadian itu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumah berkenaan dan menjadi antara bahan bukti utama siasatan.

Polis berjaya menahan suspek pada hari sama ketika dia bersembunyi di sebuah unit jiran di sebuah pangsapuri di Bandar Saujana Putra sebelum direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button