Bekas Panglima Tentera Darat, isteri didakwa di Mahkamah Khas Rasuah
KUALA LUMPUR – Bekas Panglima Tentera Darat (PTD) dan isterinya yang disiasat berkaitan rasuah serta salah guna kuasa hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pagi ini, bagi menghadapi pertuduhan di Mahkamah Khas Rasuah.
@malaysiatribuneSemalam SPRM mengesahkan Bekas Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) Tan Sri Hafizuddiean Jantan dan isterinya akan didakwa dengan empat pertuduhan setiap seorang di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001). #malaysiatribune #mahkamah #beritasemasa #trendingnews #beritatiktok
Tan Sri Hafizuddiean Jantan dan Salwani Anuar tiba secara berasingan masing-masing pada jam 8.10 pagi dan 8.18 pagi dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dibawa masuk ke mahkamah.
SPRM dalam satu kenyataan semalam, memaklumkan kedua-dua tertuduh akan didakwa atas empat pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
Dalam pada itu, Hafizuddiean turut akan menghadapi dua lagi pertuduhan mengikut seksyen dan akta sama di Mahkamah Khas Rasuah Shah Alam, Selangor pada Jumaat ini.
Sementara itu, Salwani dijadualkan berdepan satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Jertih, Terengganu pada Isnin depan.
Pada 7 Januari lalu, bekas PTD bersama dua isterinya ditahan SPRM bagi membantu siasatan berkaitan projek perolehan tender Tentera Darat dan keesokan harinya, beliau direman selama tujuh hari manakala kedua-dua isterinya masing-masing direman selama tiga dan enam hari.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, sebelum itu mengesahkan sejumlah RM11.4 juta nilai barangan disita dari dua kediaman milik bekas PTD termasuk sebuah rumah rahsia di Kuala Lumpur.
Beliau berkata, rampasan turut dilakukan di sebuah rumah di Besut, Terengganu selain 75 akaun syarikat melibatkan jumlah RM32.5 juta dibekukan bagi membantu siasatan.
SPRM juga dilaporkan hadir ke Kementerian Pertahanan pada 23 Disember lalu bagi memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek yang melibatkan Tentera Darat sejak 2023.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








