BERITA SEMASA

Titah Sultan Selangor bukan bahan politik – ADUN Permatang

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Nurul Syazwani Noh menegaskan titah Sultan Selangor perlu dijunjung dan dilaksanakan sepenuhnya oleh semua pihak, bukannya dijadikan bahan politik.

Beliau berkata, titah baginda sempena pembukaan Persidangan Dewan Negeri Selangor merupakan amanah penting yang menjadi panduan kepada kerajaan negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat serta kemajuan Selangor.

“Tegas saya nyatakan, titah Tuanku bukan untuk dipolitikkan, tetapi perlu dijunjung dan dilaksanakan oleh semua pihak tanpa pengecualian,” katanya ketika membahaskan titah ucapan Sultan Selangor di Dewan Negeri Selangor hari ini.

Menurut beliau, prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara seperti yang termaktub dalam Rukun Negara wajar diterjemahkan secara tuntas dalam tindakan pentadbiran, bukan sekadar retorik politik.

Nurul Syazwani turut berkata, semua pihak sama ada kerajaan mahupun pembangkang mempunyai tanggungjawab untuk memastikan setiap titah diraja dilaksanakan dengan berkesan demi kepentingan rakyat.

“Apabila melibatkan titah Tuanku, tiada ruang untuk dipolitikkan atau dimanipulasi. Yang ada hanyalah tanggungjawab untuk melaksanakan,” katanya lagi.

Beliau turut menyeru agar semua pihak kembali kepada semangat kerjasama rentas politik bagi memastikan pembangunan negeri dapat dilaksanakan secara lebih berkesan dan inklusif.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button