Tangki air jatuh dari bumbung hotel, dua kereta rosak di Ampang
AMPANG JAYA – Dua buah kereta mengalami kerosakan selepas dihempap sebuah tangki simpanan air yang dipercayai jatuh dari bumbung sebuah hotel berhampiran Ampang Point, di sini, petang semalam.
Kejadian yang berlaku ketika hujan lebat dan angin kencang melanda kawasan itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kedua-dua pemilik kenderaan yang terlibat telah tampil membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.
“Siasatan awal mendapati tangki simpanan air itu dipercayai terjatuh dari bahagian bumbung bangunan hotel berkenaan.
“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, kedua-dua kenderaan terbabit dipercayai diparkir di hadapan hotel ketika kejadian berlaku.
Khairul Anuar berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai Rujuk Agensi Lain (ROA) bagi membolehkan proses tuntutan insurans dilakukan oleh pihak yang terlibat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















