HIBURAN

[VIDEO] Vida minta netizen cipta hashtag ‘hari bahagia’ bersama Fazley

KUALA LUMPUR – Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen apabila meminta bantuan orang ramai mencipta hashtag atau tanda pagar yang sesuai untuk dirinya bersama cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob.

Menerusi perkongsian di Threads, Vida atau lebih dikenali sebagai DSV meminta netizen menggabungkan namanya dengan Fazley yang turut dipanggil Dida bagi digunakan pada ‘majlis berbahagia’ mereka kelak.

“Tolong gabungkan hashtag nama saya dengan Dida (Datuk Fazley) yang sesuai untuk majlis berbahagia nanti,” katanya.

Permintaan itu pantas mengundang pelbagai reaksi netizen yang tampil dengan cadangan hashtag kreatif, selain berseloroh mengenai majlis yang disebut Vida.

vida
Tangkap layar hantaran Vida yang meraih perhatian netizen.

Antara cadangan mencuri perhatian ialah #DIDAlamhatiVIDA, #AsmaraIniYangHanyutkanVIDA, #DidalaVida dan #LadidaVidaloca.

Tidak kurang menarik, ada netizen yang mencadangkan #didadigidi iaitu ungkapan yang pernah disebut pelakon Azhan Rani menerusi dialog dalam drama Bulan Henti Bicara.

@malaysiatribune

Usahawan sensasi Datuk Seri Vida mencuri perhatian apabila meminta bantuan netizen mencipta ‘hashtag’ atau tanda pagar yang sesuai untuk dirinya bersama cef selebriti dan penyanyi Datuk Fazley Yaakob. #malaysiatribune

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Malah, ada juga yang mula bertanya mengenai juruacara atau emcee yang bakal mengendalikan ‘majlis berbahagia’ berkenaan sekiranya ia benar-benar berlangsung.

Sebelum ini, hubungan rapat antara Vida dan Fazley turut menjadi perhatian ramai apabila kedua-duanya sering dilihat bersama selepas terlibat dalam program Talk To My Manager musim kedua.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button