‘Tiba-tiba kaki saya hilang kawalan…’ – Tun M dedah pengalaman jatuh ketika bersenam
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi pengalaman cemas yang dilaluinya apabila terjatuh ketika menjalani latihan berjalan pada awal Januari lalu.
Menurut beliau, kejadian itu berlaku secara tiba-tiba selepas kaki kanannya hilang kawalan lantas menyebabkannya terjatuh.
“Saya sedang berlatih berjalan, tiba-tiba satu kaki, kaki kanan saya hilang kuasa (kawalan). Bila hilang kuasa, saya jatuh.
“Bila jatuh itu, ada keretakan di tulang pinggul dan sendi. Saya juga luka sikit di kepala, tapi amat sakit,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.
Akibatnya beliau mengalami kecederaan serius termasuk keretakan tulang pinggul serta luka di bahagian kepala.
BACA JUGA:
Tun Mahathir dilihat minum kopi di Pavilion Damansara
Susulan insiden tersebut, bekas PM ke-4 dan ke-7 itu segera dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Dr Mahathir berkata, kesakitan yang dialami amat sukar digambarkan sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.
“Saya dibawa ke IJN, mereka cuba untuk kurangkan sakit tapi susah. Susah nak kurangkan. Rasa cukup sakit.
“Perlahan-lahan selepas beberapa hari baru kurang sakit, tapi sakit masih ada lagi,” katanya.
Tambah beliau, kejadian itu menyebabkan sendi di antara tulang kaki dengan pinggangnya telah retak dan menyebabkan kesakitan.
Terdahulu, tahap kesihatan negarawan itu mendapat perhatian selepas beliau dilaporkan menerima rawatan di IJN selama beberapa bulan sebelum dibenarkan keluar pada Mac lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








