Kanak-kanak dua tahun maut terjatuh dari tingkat tujuh di Putrajaya
PUTRAJAYA — Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lapan bulan disahkan meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah perumahan awam presint 9, di sini tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 2.24 petang daripada doktor bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya berhubung insiden terbabit.
“Hasil pemeriksaan mendapati kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia. Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh bangunan kediaman mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Aidi Sham berkata, bedah siasat dijadualkan dijalankan esok pada pukul 8.00 pagi bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.
“Kes masih dalam siasatan pihak polis,” ujarnya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








