BERITA SEMASA

Kanak-kanak tujuh tahun terjatuh ke sungai ketika bermain

SUBANG JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia berusia tujuh tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai berhampiran sebuah pasar raya di Persiaran Subang Indah, di sini, petang semalam.

Mangsa dilaporkan terjatuh kira-kira pukul 6.30 petang ketika bermain bersama rakan-rakannya di kawasan berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.06 malam.

Menurut beliau, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian, iaitu pada pukul 8.16 malam.

“Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan, manakala pasukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) sedang dalam perjalanan ke lokasi,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, operasi berkenaan membabitkan sembilan anggota, terdiri daripada tiga anggota BBP Subang Jaya dan pasukan bantuan PPDA dari BBP Shah Alam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button