Ahli keluarga mangsa dedah penderaan, liwat di rumah kebajikan naungan GISB
KUALA LUMPUR – Empat laporan polis berkait kejadian liwat, dipaksa meliwat dan dera dibuat oleh ahli keluarga penghuni rumah kebajikan yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB).
Portal Beautifulnara.com melaporkan, laporan daripada keluarga mangsa mendakwa berlaku pelbagai penderaan fizikal dan seksual ke atas penghuni rumah kebajikan berkenaan sejak lebih 10 tahun lalu.
Antara dakwaan dalam laporan polis itu adalah kejadian liwat yang berlaku kepada salah seorang kanak-kanak lelaki sejak berusia tujuh tahun dan mangsa kini sudah berusia 15 tahun.
Malah mangsa yang pernah diliwat didakwa dipaksa meliwat beberapa rakan lain.
Perkara itu terbongkar selepas seorang penjaga institusi berkenaan ditahan polis pada Rabu lalu.
Sumber turut mendedahkan, salah seorang daripada mangsa iaitu kanak-kanak OKU pernah mengalami sawan namun tidak diberikan rawatan sepatutnya sehingga dimasukkan ke ICU sebuah hospital.
Melalui pendedahan itu, empat kanak-kanak dikatakan mengalami kesan parut di lengan kesan daripada sudu panas yang dicucuh oleh suspek ketika dibawa menerima rawatan di hospital di Seremban.
Selain itu, penghuni di rumah kebajikan berkenaan juga didakwa dikenakan peraturan yang mengeksploitasi antaranya dipisahkan daripada ibu bapa dan hanya dibenarkan berjumpa dua kali seminggu, pasangan suami isteri ditetapkan jadual khas jika ingin bersama dan perkahwinan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan tertinggi syarikat tanpa boleh memilih pasangan.
Menurut Beautifulnara.com, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan syarikat GISB kini sedang dipantau mengikut Seksyen 32 (a) Akta Kanak-Kanak 2001 susulan empat laporan polis yang diterima berkaitan eksploitasi kanak-kanak.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








