Liwat kucing: Pengawal keselamatan direman 14 hari
SHAH ALAM – Seorang pengawal keselamatan warga Nepal yang disiasat kerana meliwat seekor kucing disambung reman selama 14 hari di bawah Akta Imigresen 1959/1963.
Memetik laporan Harian Metro, Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay anak Embol berkata, siasatan mendapati suspek berusia 33 tahun itu tidak mempunyai permit, tetapi pasportnya masih sah.
“Hasil siasatan turut mendapati suspek yang masih bujang itu sudah bekerja di pangsapuri terbabit selama dua bulan.
“Lelaki berkenaan disambung reman Imigresen selama 14 hari. Hasil semakan mendapati suspek tinggal di negara ini sejak enam tahun lalu. Permit kerja tiada namun pasportnya masih sah,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan bahana mabuk mendorong seorang pengawal keselamatan warga Nepal bertindak luar perikemanusian apabila meliwat seekor kucing sebelum mencampaknya dari tingkat empat sebuah pangsapuri di Kota Kemuning, Sabtu lalu.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam ketika seorang wanita bersama suaminya baharu tiba di kediamannya di pangsapuri.
Pasangan suami isteri itu melihat suspek dalam keadaan bogel dipercayai sedang meliwat seekor kucing sebelum ditegur pelakuan tidak bermoral itu.
Suspek kemudiannya bertindak mencampak kucing itu dari tingkat empat pangsapuri itu dan insiden itu berjaya dirakam pengadu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





