BERITA SEMASABISNES & EKONOMIGAYA HIDUP

Kekurangan nutrisi awal jejas otak kanak-kanak, Eskayvie lancar Mindtropic

KUALA LUMPUR – Jenama kesihatan tempatan, Eskayvie memperkenalkan suplemen minda Mindtropic dan Mindtropic Junior dengan formulasi dipertingkat sebagai usaha menyokong perkembangan kognitif kanak-kanak dan remaja.

Pengasas dan Pengarah Urusannya, Dr Kartika Wati Mohamed berkata, inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada kempen kesedaran nasional “Serlahkan Potensi Anak Anda” yang bertujuan menggalakkan ibu bapa memberi perhatian terhadap perkembangan minda anak-anak sejak usia awal.

“Apabila kita bercakap tentang masa depan negara, kita sebenarnya sedang bercakap tentang potensi anak-anak hari ini.

“Setiap anak dilahirkan dengan potensi yang besar, tetapi ia perlu disokong melalui persekitaran yang baik serta pemakanan yang membantu perkembangan minda mereka,” katanya pada majlis pelancaran suplemen berkenaan baru-baru ini.

Dalam majlis sama, Eskayvie turut memperkenalkan Owi sebagai ikon baharu bagi menyampaikan mesej kesedaran mengenai perkembangan minda kanak-kanak secara lebih mesra dan mudah difahami.

Turut menyokong usaha tersebut ialah duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi yang menegaskan kepentingan memberi perhatian serius terhadap perkembangan kanak-kanak sebagai generasi masa depan negara.

“Jika kita mahu melihat Malaysia terus maju, kita perlu menjaga generasi yang sedang membesar hari ini. Selain pendidikan dan sokongan ibu bapa, nutrisi juga memainkan peranan penting,” katanya.

Mindtropic
Pengarah Urusan Eskayvie, Dr Kartika Wati Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie merangkap formulator produk Mindtropic, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri berkata, nutrisi memainkan peranan penting dalam membantu pembentukan sambungan sel otak yang berkait rapat dengan fokus, memori dan proses pembelajaran.

“Perkembangan otak berlaku dengan sangat pesat pada tahun-tahun awal kehidupan. Nutrisi mencukupi dan seimbang membantu menyokong fungsi kognitif serta membina asas pembelajaran yang lebih kukuh,” jelasnya.

Sebagai rekod, produk Mindtropic yang sesuai untuk individu berusia 13 tahun ke atas diperkaya dengan campuran beri, ubi bit dan magnesium glycinate bagi menyokong fungsi kognitif serta kejelasan mental.

Bagi kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah, Mindtropic Junior pula diperkaya dengan lutein yang membantu menyokong kesihatan mata serta fungsi otak, khususnya dalam era penggunaan peranti digital.

Dalam pada itu, Eskayvie menegaskan, usaha memperkenalkan produk tersebut bukan sekadar untuk tujuan perniagaan, sebaliknya sebagai komitmen dalam menyumbang kepada pembangunan generasi masa depan melalui pendekatan berasaskan penyelidikan dan sains.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button