Syarikat automotif sumbang kenderaan selama sebulan bantu mangsa insiden Putra Heights
SUBANG JAYA – Syarikat automotif, Cherry Malaysia akan membekalkan sebanyak 50 buah kereta selama sebulan bagi membantu mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights.
EXCO Pelaburan, Perdagangan & Mobiliti Selangor, Ng Sze Han berkata, inisiatif itu bagi meringankan beban mangsa yang mengalami kesukaran selepas kenderaan mereka rosak akibat kebakaran berkenaan, yang mana bahang api dikatakan mencecah 1,000 darjah Celsius.
“Pagi tadi, Chery Malaysia bersetuju untuk membekalkan 50 buah kereta kepada mangsa yang memerlukan, selama sebulan.
“Ia akan diberikan berdasarkan siapa cepat, dia dapat, dan permohonan boleh dibuat melalui pejabat saya atau pejabat Preakas Sampunathan,” katanya.
Tambah Sze Han, kenderaan itu akan disalurkan secepat mungkin selepas proses pemilihan bagi memastikan ia sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Jumlah keseluruhan nilai inisiatif ini dianggarkan RM500,000.
Dalam kejadian semalam di Jalan Putra Harmoni, di sini, satu kebakaran besar dipercayai berpunca akibat kebocoran paip gas sepanjang 500 meter menyebabkan lebih 300 premis rosak dengan 78 rumah dikategorikan sebagai ‘total loss’, selain 10 unit rumah kedai yang masih dalam pembinaan.
Kebakaran itu turut menyebabkan 148 kereta dan 11 motosikal mengalami kerosakan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








