Sultan Selangor terima mengadap Menteri Pengajian Tinggi
SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj semalam berkenan menerima menghadap Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bagi membincangkan hala tuju serta pembangunan pendidikan tinggi, khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT) di Negeri Selangor.
Dr. Zamry dalam kenyataan di Facebook beliau berkata, dalam pertemuan tersebut baginda telah dipersembah maklum mengenai pelbagai perkara berkaitan pendidikan tinggi, merangkumi aspek kebajikan pelajar, usaha memperkukuh institusi pengajian tinggi serta peranan universiti sebagai pemangkin kemajuan negeri dan negara.
“Perbincangan itu turut menekankan kepentingan memperkasa ekosistem pendidikan tinggi agar terus relevan dan berdaya saing seiring keperluan pembangunan semasa,” katanya.
Beliau turut menzahirkan doa ke hadrat Allah SWT agar DYMM Sultan Selangor, DYMM Tengku Permaisuri dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan serta berada dalam lindungan-Nya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








