BERITA SEMASA

21 subjek UiTM tersenarai dalam QS World University Rankings

SHAH ALAM – Universiti Teknologi MARA (UiTM) mencatat pencapaian membanggakan apabila 21 subjek ditawarkan universiti itu tersenarai dalam QS World University Rankings by Subject termasuk bidang Law & Legal Studies yang berada pada kedudukan 301 hingga 350 terbaik dunia.

Dengan pencapaian itu, UiTM kini muncul sebagai salah satu daripada empat universiti awam negara yang menerima pengiktirafan berprestij tersebut.

UiTM dalam kenyataan di Facebook pada Isnin berkata, pengiktirafan itu bukan sekadar angka, sebaliknya mencerminkan kesungguhan universiti dalam membangunkan bakat profesional bumiputera, selari dengan semangat Akta 173 dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“UiTM sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pendidikan tinggi demi melahirkan bakat negara seiring kecemerlangan akademik.

“Syabas dan tahniah kepada seluruh warga UiTM yang terus komited menjulang martabat universiti unggul ini,” kata kenyataan itu.

Tiga lagi universiti awam negara yang turut tersenarai dalam QS World University Rankings by Subject ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button