Solat hajat Jumaat ini untuk kedamaian Asia Barat – Menteri Agama
KUALA LUMPUR – Umat Islam diseru memanfaatkan 10 malam terakhir Ramadan untuk berdoa memohon keamanan sejagat khususnya di Asia Barat yang kini berdepan konflik yang semakin meruncing.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hassan turut menyarankan orang ramai menunaikan solat hajat pada Jumaat ini bagi memohon kedamaian dan kesejahteraan di wilayah berkenaan.
“Umat Islam diseru untuk memanfaatkan sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan untuk berdoa bagi keamanan dunia.
“Justeru itu, saya menyeru semua untuk menunaikan solat hajat untuk kedamaian Asia Barat,” katanya menerusi hantaran di Facebookc.
Terdahulu, Malaysia secara rasmi mengaktifkan operasi evakuasi bagi membawa pulang warganegara yang terkandas dari zon konflik di Asia Barat.
Menerusi operasi itu, penerbangan khas Malaysia Airlines MH8502 berlepas dari Kuala Lumpur ke Jeddah, Arab Saudi semalam.
Kumpulan yang dibawa pulang merangkumi rakyat Malaysia yang terkandas di beberapa negara serantau dan telah dipindahkan ke Jeddah sebagai pusat transit utama.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








