BERITA SEMASA

JAKIM seru umat Islam tunai solat hajat, qunut Nazilah untuk rakyat Palestin

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyeru seluruh umat Islam di negara ini berdoa buat rakyat Palestin yang sedang menghadapi penderitaan berterusan akibat kekejaman rejim zionis Israel.

Sebagai tanda sokongan dan solidariti, JAKIM mengarahkan tiga buah masjid utama di bawah seliaannya iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk melaksanakan solat hajat serta bacaan qunut Nazilah.

Sirajuddin Suhaimee

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, langkah itu merupakan satu manifestasi keprihatinan terhadap nasib saudara seagama di Gaza yang terus menjadi mangsa serangan kejam tanpa peri kemanusiaan.

“Marilah kita bersama-sama memohon pertolongan dan perlindungan daripada Allah SWT untuk rakyat Palestin serta berdoa agar bumi al-Quds dibebaskan dari cengkaman penindasan,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Beliau turut menegaskan komitmen JAKIM yang konsisten dalam mendukung pendirian kerajaan MADANI dalam mempertahankan kedaulatan negara-negara Islam, khususnya Palestin dan terus membantu rakyatnya dalam pelbagai bentuk sokongan.

“Semoga usaha yang kecil ini dinilai tinggi di sisi Allah SWT sebagai bukti keprihatinan dan kesatuan umat Islam dalam menghadapi kezaliman,” tambah beliau.

BACA : Menteri Agama seru adakan solat hajat, qunut Nazilah untuk rakyat Palestin di Gaza

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button