BERITA SEMASA

Perpaduan, JPM Hal Ehwal Agama perkukuh usaha harmoni masyarakat

PUTRAJAYA – Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang mengadakan pertemuan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan bagi membincangkan isu semasa berkaitan perpaduan dan keharmonian masyarakat di negara ini.

Aaron berkata, pertemuan tersebut turut meneliti langkah memperkukuh kerjasama antara Kementerian Perpaduan Negara dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam memastikan keharmonian rakyat terus terpelihara.

“Kedua-dua pihak bersetuju untuk melipatgandakan usaha melalui pelbagai inisiatif strategik serta pendekatan lebih menyeluruh dalam memupuk persefahaman antara masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Tahun ini, fokus akan diberikan kepada pengukuhan literasi pendidikan keharmonian selain menggerakkan dialog antara budaya sebagai pendekatan baharu bagi memperluas kefahaman, membina rasa hormat serta memperkukuh kepercayaan antara komuniti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, soal kebersamaan dan keharmonian masyarakat berbilang agama akan terus menjadi keutamaan kerajaan di bawah gagasan Kerajaan MADANI.

Menurutnya, kestabilan serta kemajuan negara hanya dapat dicapai apabila rakyat hidup dalam suasana saling memahami, menghormati serta meraikan kepelbagaian yang menjadi kekuatan Malaysia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button