JPM Hal Ehwal Agama sokong syor PM, pertimbang tubuh jawatankuasa khas belia di masjid
PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) akan menilai cadangan penubuhan jawatankuasa khas belia di masjid bagi memperkukuh peranan golongan itu dalam memakmurkan institusi berkenaan.
Menterinya, Dr Zulkifli Hasan berkata, penelitian itu akan dibuat bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
“Cadangan ini bertujuan memakmurkan masjid sebagai pusat pembangunan ummah dan pembinaan akhlak generasi muda,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Media semalam melaporkan Perdana Menteri mencadangkan supaya setiap masjid mewujudkan jawatankuasa khas belia bagi memberi peluang kepada golongan muda merancang serta melaksanakan program kemasyarakatan dan keagamaan.
Susulan itu, Dr Zulkifli menyatakan sokongan penuh tehadap saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencadangkan supaya setiap masjid menubuhkan jawatankuasa khas anak muda bagi memberi ruang kepada belia merancang serta melaksanakan program bermanfaat.
Zulkifli berkata, masjid berperanan sebagai pusat tarbiah dan pembentukan sahsiah ummah berlandaskan contoh Rasulullah SAW melalui Masjid Nabawi, justeru wajar diperkasakan sebagai ruang mesra anak muda yang beradab, inklusif serta patuh syariat.
Dalam kenyataan sama, Dr Zulkifli turut memaklumkan pelbagai inisiatif dilaksanakan JPM (Hal Ehwal Agama) antaranya Program Kariah MADANI dan penganjuran Kuliah Zuhur yang disampaikan oleh asatizah muda di Surau Parlimen.
Zulkifli menambah, masjid berperanan sebagai pusat tarbiah dan pembentukan sahsiah ummah berlandaskan contoh Rasulullah SAW melalui Masjid Nabawi, justeru wajar diperkasakan sebagai ruang mesra anak muda yang beradab, inklusif serta patuh syariat.
“Pembabitan belia turut diperkukuh menerusi penganjuran Himpunan Asatizah Muda Kebangsaan (HAMKA) pada Februari tahun lalu yang menghimpunkan kira-kira 1,000 asatizah muda dari seluruh negara, bertujuan memperkasakan pembangunan ummah serta penyebaran ilmu berimpak tinggi,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








