BERITA SEMASADALAM NEGERI

Sidang Kemuncak ASEAN: PM tekan integrasi ekonomi dan strategi hijau

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menekankan integrasi ekonomi dan pelaburan mampan antara negara-negara anggota dipercepatkan.

Anwar juga menegaskan bahawa kerjasama ekonomi serantau perlu diperkukuh melalui pemudahcara perdagangan rentas sempadan serta pembangunan rangkaian pengangkutan darat, laut dan udara yang menyeluruh serta bersepadu.

Dalam ucapan sempena Sidang Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) Ke-16 yang berlangsung pada hari kedua Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 hari ini, beliau turut menekankan kepentingan penyelesaian digital yang inklusif bagi menyokong pembangunan tersebut.

Mengulas mengenai cabaran perubahan iklim, Perdana Menteri menekankan bahawa pelaburan masa depan harus diselaraskan dengan strategi hijau.

Sidang Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) Ke-16 yang berlangsung pada hari kedua Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 hari ini. Foto PMO.

Beliau turut menyatakan komitmen Malaysia untuk memperkukuh peranan Sekretariat BIMP-EAGA sebagai bukti kesungguhan menjadikan inisiatif ini satu model kerjasama serantau yang berpaksikan rakyat dan berdaya tahan masa depan.

“Saya zahirkan komitmen Malaysia untuk memperkasa Sekretariat BIMP-EAGA sebagai kesungguhan kita menjadikan BIMP-EAGA sebagai model kerjasama serantau yang berpaksikan rakyat,” katanya.

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 dijangka menumpukan perbincangan terhadap pemulihan ekonomi serantau, cabaran iklim dan transformasi digital.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button