BERITA SEMASA

Remaja perempuan 14 tahun hilang sejak Isnin lalu

ALOR SETAR – Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu dan meminta kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan keberadaannya.

Menurut hebahan yang dimuat naik oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerusi Facebook, remaja berkenaan dikenali sebagai Nurul Munirah Mohd Shahril.

“Remaja itu mempunyai ketinggian kira-kira 150 sentimeter (sm) dan berat badan sekitar 68 kilogram (kg),” kata kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lokasi atau keberadaan Nurul Munirah diminta menghubungi Sarjan Syahidah di talian 013-9630772.

Maklumat juga boleh disalurkan menerusi hotline IPD Kota Setar di talian 04-7747222 atau hotline Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di talian 04-7741222 bagi membantu siasatan dan usaha mengesan remaja tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button